Monday, August 5, 2013

 Assalamualaikum
 
Ramadan sudah hampir ke penghujungnya namun berikut disertakan panduan pengambilan produk SNE

Kebiasaannya di dalam bulan Ramadhan, orang yang sedang berpuasa akan mengalami masalah KELETIHAN dan TIDAK BERTENAGA
.
.
Untuk mendapatkan tenaga disamping membantu otak kita sentiasa cerdas sepanjang hari, adalah disarankan untuk mengambil 2 biji SNE Kapsul dan 2 biji Beutskin Essence serta pilihan produk tambahan 2 biji Wis D SELEPAS MAKAN SAHUR dan SELEPAS BERBUKA PUASA setiap hari. Sememangnya adalah disarankan untuk mengambil kapsul ini sebelum makan untuk serapan yang lebih baik, tetapi tiada masalah untuk diambil selepas makan. Tidak memudaratkan. Kesan juga pun sama.
.
Sepanjang Ramadhan, kebiasaannya kita akan mengalami masalah sembelit akibat daripada kekurangan pengambilan air kosong setiap hari. Jadi, mira sarankan anda semua untuk minum Excel Tea satu uncang setiap hari SEBELUM TIDUR. In shaa Allah masalah sembelit dapat diselesaikan.
.
Dengan mengamalkan produk-produk dari SNE Marketing, di samping dapat menunaikan ibadah berpuasa kita juga dapat menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadhan :)
Seperti biasa jangan lupa minum air putih secukupnyer....

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa

Ramadhan menjelma lagi ... syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang untuk  menjalankan ibadah berpuasa pada tahun ini ... bulan Ramadhan .. bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ... sama-sama kita melipat gandakan amalan kita di bulan yang penuh barakah ini ...


Sunday, June 23, 2013

JEREBU MELANDA MALAYSIA!!!!!

Seperti yang kita ketahui terkini Malaysia dilanda jerebu yang sangat teruk! Sedikit sebanyak ramai diantara kita yang mengalami sakit tekak atau penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. Yang paling penting ialah kita dinasihatkan mengambil air putih yang cukup.

Selain dari itu Produk Seabuck Activ dari SNE dapat membantu.
Produk Seabuck Activ ini adalah gabungan 70% buah Sebuckthorn dan 30% dari herba2 terpilih yang sangat terkenal dalam perubatan Cina sebagai ramuan yang sangat berkesan bagi membuang toksin bahagian atas tubuh khas nya malah membuang toksin dari keseluruhan organ kita am nya. Sangat kaya dengan vitamin C, yang berfungsi menguatkan ketahanan badan untuk melawan penyakit berjangkit.

FUNGSI SEABUCK ACTIV:
1. Menyingkirkan mendakan toksin daripada paru-paru, meresap ke dalam paru-paru secara pantas, menyingkirkan mendakan toksin jangka panjang dengan menyeluruh.

2. Menyingkirkan mendakan toksin daripada dinding salur darah, mengubah toksin menjadi asid asetik yang tidak bertoksid yang akan disingkirkan daripada tubuh demi mengurangkan beban hati dan buah pinggang.

3. Memulihkan gangguan sistem saraf pusat, meningkatkan kualiti tidur dan fungsi ingatan menyeluruh.

4. Membentuk sejenis membran pelindung pada permukaan gastrik mukosa, mengelakkan habuk, alkohol atau perangsang yang lain daripada membawa kemudaratan kepada gastrik mukosa.

5. Meningkatkan fungsi stamina pengidap hipoksia kardium.

6. Menstabilkan tekanan dan menyelaraskan degupan jantung untuk mencegah fungsi jantung yang abnormal.

AnaOnLineShop
Harga Seabuck Activ adalah RM90 bagi bukan ahli dan RM75 bagi ahli. Untuk menjadi ahli sila SMS kepada saya di 012-2786740

Wednesday, June 19, 2013

Tips Untuk Kurus dan Langsing

Buang Lemak Dengan Flavonoid

Mahukah anda singkirkan lemak berlebihan dalam tubuh masing-masing? Kini, anda boleh mencubanya serta-merta. Sebab sesetengah makanan mampu mengusir lemak dalam tubuh. Contohnya seperti buah-buahan, kekacang dan rempah.

Terutamanya makanan yang kaya dengan flavonoid. Flavonoid merupakan sejenis bahan pembakar lemak yang boleh didapati dalam badam, strawberi, rasberi, kulit kayu manis dan kacang soya.

Menurut kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil buah-buahan kaya dengan flavonoid mampu mengurangkan kadar peningkatan lemak dalam tubuh selama 14 tahun. Wow, lama tuu!



1. Badam


Dengan mengambil 3 biji badam sehari akan membantu mengurangkan berat badan sehingga 18%. Ini kerana ia kaya dengan asid alphalinilenic iaitu asid lemak Omega 3 dalam tumbuhan yang melancarkan metabolisme lemak.

kulit kayu manis dan badam



2. Kulit Kayu Manis


Pakar pemakanan Amerika Syarikat, Laure Slayton mendapati dengan mencampurkan 1/4 sudu teh serbuk kayu manis dalam makanan mampu mencegah peningkatan insulin selepas makan.

Selain serbuk kayu manis, pengambilan kunyit juga dapat melewatkan pertumbuhan jaringan lemak dalam tubuh anda.


3. Rasberi dan strawberi


Kandungan vitamin C dalam strawberi dan rasberi boleh membantu membakar lemak hingga 30% ketika anda bersukan.

strawberri dan rasberri



4. Kacang soya


Ia kaya dengan kolin yang merupakan sejenis senyawa berfungsi menghalang penyerapan lemak dan menghalang penyerapan lemak serta membakar timbunan lemak.


Sekarang anda dah tahu makanan yang boleh buang lemak berlebihan, kan? Jadi, bolehlah masukkan ia ke dalam menu harian anda.
 
 

Monday, June 10, 2013

KULIT CANTIK RUPAWAN, BENTUK BADAN TERUKIR MENAWAN

Inginkan kulit cantik cerah gebu dan bentuk badan yang menawan semasa lebaran bermula lah sekarang dengan set kecantikan dan mengukir bentuk badan... cepat jgn berlengah lagi kerana proses nya dalam 2 ke 3 bulan.

Hubungi saya melalui sms/whatapps di 012-2786740

Tuesday, May 21, 2013

Assalamualaikum semua,

Minggu lepas saya mendapat pertanyaan tentang psoriasis. Ada yang telah mencuba berbagai rawatan tetapi masih tidak ada perubahan. 

Penyakit psoriasis adalah penyakit yang kronik, tidak berjangkit dan mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan bersisik. Psoriasis melibatkan antara dua hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas. Bagaimanapun, lebih banyak kes berlaku di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun, atau 60 tahun ke atas. Psoriasis boleh diwarisi melalui faktor genetik secara ‘polygenic’ atau autosomal dorminant with incomplete penetrance dan di HLA-C kromosom 6. Faktor merangsang psoriasis * Cahaya matahari - Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan pendedahan cahaya matahari. * Ubat-ubatan - Ubat seperti beta blockers untuk rawatan darah tinggi dan sakit jantung, lithium untuk sakit psikiatri dan ubat untuk rawatan malaria juga boleh merangsang psoriasis. * Jangkitan kuman - Jangkitan seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria Streptococcus juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’. * Fenomena ‘koebner’ - Trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu, luka atau pembedahan akan menyebabkan psoriasis tumbuh di tempat tersebut. Fenomena ini dikenali sebagai fenomena ‘koebner’. Proses pembentukan psoriasis Psoriasis boleh berlaku atau terbentuk di mana-mana bahagian kulit, dari kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku. Penyakit ini terjadi disebabkan abnormaliti pada sistem imuniti, atau lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hari sebelum sel mati itu tertanggal daripada badan. Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imuniti badan akan mempercepatkan proses kitaran kulit kepada empat hari sahaja. Ini menyebabkan sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil proliferasi) iaitu 20 kali ganda dari kadar biasa. Pada peringkat awal, psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah. Tompok merah ini kemudiannya menebal dan mengeras. Lapisan keras berkenaan seterusnya akan menjadi sel-sel mati berwarna perak (silvery scales). Kepingan ini amat mudah dikopek, meninggalkan permukaan yang berdarah. Tompok-tompok ini juga berasa panas dan seperti terbakar.
Kesan psoriasis
* Kesan psikologi

Pesakit psoriasis berasa malu dan tertekan dengan keadaan kulit bersisik dan merah terutamanya jika sisik-sisik psoriasis jatuh bertaburan di baju, tilam dan lantai.

Masyarakat yang tidak memahami penyakit ini akan menjauhi diri dari pesakit menjadikan pesakit terasing dan murung.

Ini mungkin kerana mereka tersalah sangka penyakit ini boleh berjangkit atau tidak selesa dengan keadaan kulit pesakit yang sedikit berbeza.

* Artritis

Pesakit psoriasis boleh juga mendapat masalah artritis yang disebabkan oleh psoriasis yang dinamakan psoriatic arthropathy.

Ia berlaku kepada lima peratus pesakit psoriasis. Jari tangan, kaki dan sendi-sendi seperti siku, lengan, bahu, lutut, buku lali dan punggung juga boleh menjadi sakit dan bengkak.

Rawatan

Banyak kaedah boleh digunakan untuk merawat psoriasis antaranya ubat sapu, ubat makan dan fototerapi.

Di antara ubat sapu yang digunakan untuk merawat pesakit adalah seperti kortikosteroid, vitamin D3, antralin, terapi dan tar arang.

Ubat makan pula adalah seperti retinoid, methotrexate, ciclosporin, hydroxyurea sementara fototerapi adalah rawatan yang menggunakan terapi sinar UVA atau UVB. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat dapat menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini. 


Walaubagaimanapun jika saudara/i telah mendapatkan rawatan Doktor tetapi jika masih lagi tiada sebarang perubahan saya ingin mengesyorkan untuk mencuba SNE Kapsul kerana ada yg telah berjaya mengatasi simptom simptomnya. Insyaallah jika serasi dapat disembuhkan.

Sunday, May 5, 2013

Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia. Tahniah kerana anda mempunyai kesedaran untuk melaksanakan hak anda.

Disamping itu anda juga perlu peka kepada kesihatan anda. Jika ada masalah, jangan biarkan hingga melarat. Jumpa doktor. Disamping itu SNE juga mungkin dapat membantu. Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari blog saya atau hubungi saya di 012-2786740.
COD boleh diatur bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutung dan Subang Jaya pada Sabtu dan Ahad atau cuti umum.